Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini ditulis bukan untuk memperkecilkan dan menyalahkan golongan wanita semata-mata.
Sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan
saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan
tanggungjawab yang dipikul.
1. Ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan
dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri
walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak
tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM,
tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan
sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT :-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)